CARI WEBLOG DALAM DIREKTORI PENGAKAP MALAYSIA

SELAMAT DATANG ...

Assalamualaikum dan salam mesra buat semua Pengunjung Direktori Pengakap Malaysia (DPM) ...

Tujuan DPM ditubuhkan adalah untuk mengumpulkan kesemua laman web Pengakap yang terdapat di Malaysia dengan hasrat agar pemilik serta pengunjung laman web tersebut merasakan adalah perlu mereka saling berhubung diantara satu sama lain.

Selain dari menjadi pemangkin kepada pemilik laman web untuk tambah bersemangat mengemaskini laman web mereka dari semasa ke semasa, penubuhan DPM juga diharap dapat mendorong lebih ramai lagi kumpulan kumpulan Pengakap di Malaysia mewujudkan sendiri laman web kumpulan mereka.

DPM tidak akan berdiri sendiri tanpa bantuan dan dorongan warga Pengakap yang ada. Oleh yang demikian, DPM amat mengharapkan sokongan masa, tenaga dan moral warga Pengakap semua agar DPM sentiasa dimaklumkan dengan kemunculan laman web untuk urusan pengemaskinian.

Moga pemilik laman web sedia ada dapat memberikan idea masing-masing agar kita semua sama-sama merasakan KENIKMATAN BERPENGAKAP @ INTERNET!

CARA PENGGUNAAN DPM:

Pilih Kategori yang ingin dilihat di PANEL KANAN. Memandangkan setiap halaman hanya boleh menyiarkan 20 laman web sahaja, sila klik CATATAN LAMA untuk melihat keseluruhan laman web dalam KATEGORI yang dipilih.

PAUTAN:

Klik "TAMBAH @ UBAH @ PADAM" untuk memaksimakan penggunaan DPM.

KAJISELIDIK:

Luangkan masa anda untuk berkongsi pendapat anda mengenai DPM.

Sekian, salam ikhlas dan jumpa lagi ...

~ Admin DPM ~
W(",)