CARI WEBLOG DALAM DIREKTORI PENGAKAP MALAYSIA

MEMBINA WEBLOG PENGAKAP

Assalamualaikum dan salam mesra buat semua Pemilik dan bakal Pemilik laman weblog Pengakap ... Kami di Direktori Pengakap Malaysia (DPM) ingin berkongsi dengan anda semua mengenai perlunya membina laman weblog Pengakap yang berkualiti. Oleh yang demikian, Ahli Lembaga Penasihat (ALP) DPM telah beberapa kali berbincang (secara maya) mengenai tujuan ini dan alhamdulillah diantara topik yang telah diperbincangkan adalah seperti berikut:
  1. KONSEP WARNA
  2. TUJUAN DIBINA
  3. RUANGAN INTERAKTIF (CHATROOM)
  4. PENGENDALI WEBLOG
  5. LAMBANG DIREKTORI PENGAKAP MALAYSIA (DPM)
1. KONSEP WARNA
  • CADANGAN : Warna yang bersesuaian dengan semangat kePengakapan
  • PERBINCANGAN : Konsep warna sesebuah weblog Pengakap adalah hakmilik pengendali atau pemilik weblog Pengakap tersebut. Ia mempamerkan identiti sesebuah kumpulan, daerah, negeri maupun individu tersebut. Alangkan skaf kumpulan, daerah dan negeri turut berbeza mengikut program yang dianjurkan, apatah lagi identiti warna bagi sesebuah weblog Pengakap tersebut.
  • KESIMPULAN : Hakmilik penuh pengendali atau pemilik weblog Pengakap tersebut.
2. TUJUAN DIBINA
  • CADANGAN : Perlu jelas tujuan sesebuah weblog Pengakap dibina.
  • PERBINCANGAN : Samada ianya hanya sekadar sumber rujukan ilmu kePengakapan, sumber maklumat aktiviti akan datang ataupun sebagai pusat penyampaian informasi pengendali atau pemilik weblog tersebut. Ini kerana setiap kiriman berita adalah merupakan pandangan yang mewakili kumpulan, daerah dan negeri tersebut walaupun ianya hanya dihantar oleh pengendali weblog Pengakap tersebut yang mungkin tidak berpuas hati dalam sesuatu perkara.
  • KESIMPULAN : Apabila tujuan sesebuah weblog Pengakap sudah jelas, diharap kiriman berita (posting) yang dihantar tidak akan lari dari tujuan pembinaan weblog Pengakap tersebut.
3. RUANGAN INTERAKTIF (CHATROOM/EMAIL/YM)
  • CADANGAN : Diadakan ruangan interaktif seperti laman sembang (chatroom) sebagai medium komunikasi dua hala diantara pelawat dan pengendali atau pemilik weblog Pengakap. Alamat email beserta ID YM@IM juga amat praktikal jika pelawat perlu berhubung secara tertutup dengan pengendali atau pemilik weblog Pengakap.
  • PERBINCANGAN : Masalah tetap timbul berkaitan laman sembang (chatroom), kiriman email maupun YM@IM. Penyalahgunaan berlaku di mana-mana dan pada bila-bila masa. Namun adalah tidak berpatutan jika ditiadakan ruangan interaktif ini disebabkan tiada masa maupun tiada tenaga kerja yang mampu memantau aktiviti tidak bermoral ini. Sebagai perkongsian bersama, BILIK SEMANGAT PADI (di bawah) menggunakan khidmat shoutmix.com yang boleh mengawal penghantaran mesej secara terus apabila IP penghantar disekat (ban). Pengendali atau pemilik weblog Pengakap boleh terus login sebagai 'admin' dengan menekan lambang 'omega' di penjuru atas kanan ruangan sembang shoutmix.com dan boleh sekat (ban) penghantar dan buang (delete) mesej pengantar. Manakala kiriman emel maupun YM@IM boleh dihalang dengan hanya menyekat (block) pengirim (sender)
  • KESIMPULAN : Perlu diadakan rungan interaktif ini sebagai alat komunikasi Pengakap dua hala demi memperkukuhkan ikatan persaudaraan Pengakap.
4. PENGENDALI WEBLOG
  • CADANGAN : Pengendali weblog Pengakap yang aktif mengemaskini serta mencari informasi-informasi terkini mengenai aktiviti kePengakapan baik di Malaysia maupun diperingkat antarabangsa.
  • PERBINCANGAN : Pengendali weblog Pengakap perlu bersikap profesional dalam menyalurkan info dan maklumat aktiviti kePengakapan kumpulan, daerah maupun negeri masing-masing. Juga tidak perlu membabitkan diri dalam isu-isu panas yang berkaitan kePengakapan di Malaysia. Pengendali weblog Pengakap tidak sepatutnya menjadikan weblog Pengakap kendalian mereka sebagai medan melepaskan kemarahan ataupun menyatakan sokongan kepada mana-mana individu.
  • KESIMPULAN : Pengendali weblog Pengakap bersifat profesional dan non-partisan iaitu bebas dan tidak terpengaruh kepada mana-mana pihak yang berkepentingan.
5. LAMBANG DIREKTORI PENGAKAP MALAYSIA (DPM)
  • CADANGAN : Diwujudkan logo Direktori Pengakap Malaysia (DPM)
  • PERBINCANGAN : Sebagai lambang ukhwah serta menunjukkan permuafakatan semua weblog Pengakap, bergabung, bersatu dan menyokong antara satu sama lain.
  • KESIMPULAN : Seperti yang semua sudah maklum, logo DPM telah mula dipamerkan sempena JOTI 2009 (17-18 Oktober 2009) dengan slogan "LAMBANG PERSAHABATAN PENGAKAP MALAYSIA @ INTERNET!" dan setiap laman weblog Pengakap yang meletakkan logo DPM di weblog Pengakap adalah dianggap sebagai "SAHABAT DPM." Lambang ini menunjukkan beberapa pecahan yang apabila dicantumkan akan menjadi lambang Pengakap sejagat yang dikenali di mana jua. Ia adalah bersesuaian dengan slogan DPM iaitu "LAMBANG PERSAHABATAN PENGAKAP MALAYSIA @ INTERNET!".