CARI WEBLOG DALAM DIREKTORI PENGAKAP MALAYSIA

TERMA & SYARAT

TERMA & SYARAT PENGGUNAAN LAMAN WEB

Laman web ini dihasilkan oleh Admin DPM dan orang perseorangan yang berdaftar dengannya di http://direktoripengakap.blogspot.com.

Dengan melayari dan menggunakan DIREKTORI PENGAKAP MALAYSIA ini, anda adalah terikat kepada semua syarat-syarat dan peraturan yang telah kami tetapkan.

SILA BACA SYARAT DAN PERATURAN DI BAWAH DENGAN TELITI. DENGAN MELAYARI DAN MENGGUNAKAN DIREKTORI PENGAKAP MALAYSIA INI, ANDA BERSETUJU DAN FAHAM BAHAWA ANDA TERIKAT KEPADA SYARAT DAN PERATURAN TERSEBUT.

PENGGUNAAN BAHAN & ISI

Kandungan di DIREKTORI PENGAKAP MALAYSIA adalah hakcipta Admin DPM. Segala gambar, ilustrasi, grafik, ayat, kata-kata dan lain-lain yang disiarkan disini adalah hakmilik Admin DPM, tidak kira sama ada ianya diakses secara terus atau menggunakan kata laluan. Tanpa sebarang kebenaran bertulis dari pemegang hakcipta, anda tidak dibenarkan menjual, meniru, membuat duplikasi, mengedar, mengubah, memanipulasi, menyiarkan apa-apa kandungan yang terdapat di DIREKTORI PENGAKAP MALAYSIA dan laman web yang bersangkut-paut dengannya, dalam apa jua cara dan bentuk, untuk apa jua tujuan.

SUMBANGAN ANDA

Segala sumbangan anda dalam apa jua cara (media elektronik, pos dan lain-lain) dan apa jua bentuk sumbangan (gambar, artikel, mesej dan lain-lain) adalah terikat kepada syarat-syarat dan peraturan yang telah didefinasikan di sini. Dengan menyumbang atau menyiarkan bahan-bahan anda disini, anda secara automatik membenarkan Admin DPM untuk menggunakan bahan-bahan tersebut dalam apa jua cara yang dikehendaki.

Admin DPM juga berhak memakai, mengubah, menduplikasi, menyiarkan, mengedarkan dan mengeksploitasi bahan-bahan tersebut dalam apa jua cara dan bentuk, media atau teknologi selagi ianya tidak melanggar undang-undang yang sedia ada.

Admin DPM juga berhak memberikan bahan-bahan ini kepada individu atau pihak lain untuk digunapakai oleh mereka dalam apa jua bentuk dan cara, dimana individu atau pihak lain tersebut juga tertakluk kepada undang-undang yang sedia ada.

Admin DPM tidak bertanggungjawab ke atas kandungan bahan-bahan yang dihantar oleh anda dan kemungkinan yang akan berlaku disebabkan kandungan tersebut. Anda bertanggungjawab sepenuhnya ke atas bahan-bahan yang dihantar dan disiarkan, dan kemungkinan yang akan berlaku disebabkan oleh bahan-bahan tersebut.

Anda dilarang sama sekali menghantar atau menyiarkan bahan-bahan dari hakcipta pihak lain (melainkan pihak tersebut membenarkan), bahan-bahan yang menyalahi mana-mana undang-undang, peraturan atau hak intelektual dari mana-mana pihak lain, bahan-bahan yang mengandungi unsur lucah, peras ugut, memalukan, benci atau menyentuh isu-isu peribadi, sesuatu pihak atau politik sama ada dari segi kaum, agama atau kebudayaan secara langsung atau tidak langsung, terhadap individu atau pihak lain; sebarang bentuk iklan, skim piramid, surat berantai, e-mel sampah, virus elektronik atau apa-apa program elektronik; meyamar atau mewakili individu, pihak atau syarikat lain tanpa kebenaran mereka; mengakses DIREKTORI PENGAKAP MALAYSIA ini untuk mengumpul maklumat individu-individu untuk tujuan-tujuan tertentu; mengakses bahagian dan data-data yang dilindungi atau bukan untuk akses umum (yang hanya boleh diakses oleh Admin DPM) yang terdapat dalam DIREKTORI PENGAKAP MALAYSIA atau capaian lain ke DIREKTORI PENGAKAP MALAYSIA ini.

Admin DPM tidak mewakili, bertanggungjawab atau mengesahkan bahawa kandungan bahan-bahan atau pendapat-pendapat yang dihantar atau disiarkan oleh pengguna DIREKTORI PENGAKAP MALAYSIA ini adalah benar, tepat atau didapati dari sumber-sumber yang boleh dipercayai. Anda haruslah ingat bahawa, maklumat yang diperolehi disini boleh digunapakai atau dipercayai dibawah tanggungan sendiri.

Admin DPM tidak akan dengan terlebih dahulu mengawasi atau bertanggungjawab untuk bahan-bahan yang dihantar oleh pengguna. Tetapi jika Admin DPM sedar atau mengetahui yang syarat dan peraturan DIREKTORI PENGAKAP MALAYSIA tidak dipatuhi, Admin DPM akan menyelidik dan berhak mengambil tindakan sama ada ke atas bahan-bahan tersebut atau pengguna yang menghantarnya, dengan mengubah atau melupuskan bahan tersebut dan menamatkan akses pengguna tersebut ke DIREKTORI PENGAKAP MALAYSIA ini; dan kami juga berhak melaporkan perkara-perkara ini kepada pihak berkuasa untuk tindakan lanjut diambil.

PENAFIAN

Penggunaan dan layaran di DIREKTORI PENGAKAP MALAYSIA ini adalah di atas risiko anda sendiri. Admin DPM tidak mewakili atau menjamin bahawa kandungan DIREKTORI PENGAKAP MALAYSIA ini adalah tepat, tidak mempunyai sebarang kesalahan, benar, dari sumber yang boleh dipercayai atau penggunaan anda ke atas kandungan tersebut tidak melanggar syarat dan peraturan pihak lain.

Admin DPM tidak menjamin yang fungsi-fungsi dan servis-servis yang ditawarkan di DIREKTORI PENGAKAP MALAYSIA ini berjalan tanpa masalah; atau DIREKTORI PENGAKAP MALAYSIA atau pelayan web kami bebas dari segala virus elektronik, program elektronik atau perkara-perkara yang boleh mendatangkan bahaya; dan tidak akan menanggung kos-kos daripada apa-apa segi yang terpaksa ditanggung oleh pihak anda disebabkan oleh bahaya-bahaya ini.

SEGALA APA YANG DIPERLIHATKAN ATAU DIDAPATI DI DIREKTORI PENGAKAP MALAYSIA INI ADALAH 'SEPERTI YANG DILIHAT' DAN 'SEPERTI YANG SEDIA ADA' TANPA SEBARANG JAMINAN DARI APA-APA SEGI, SAMA ADA DIUCAPKAN, DINYATAKAN,DISIFATKAN ATAU DIBABITKAN TERMASUKLAH, TETAPI TIDAK TERHAD KEPADA, JAMINAN ATAU BARANG YANG DISIFATKAN ITU, KESESUAIAN UNTUK TUJUAN TERTENTU ATAUPUN PELANGGARAN ATAU PENCABULAN.

ADIN DPM TIDAK MENJAMIN BAHAWA ISI KANDUNGAN DAN BAHAN-BAHAN DI DIREKTORI PENGAKAP MALAYSIA INI ADALAH TEPAT, BOLEH DIPERCAYAI, LENGKAP ATAU TEMPOHNYA BELUM LUPUT; ATAU TIADA JAMINAN MENGENAI APLIKASI, TEKS, GRAFIK, PAUTAN ATAU KEPUTUSAN, YANG DIDAPATI DARIPADA PENGGUNAAN DIREKTORI PENGAKAP MALAYSIA INI.

Admin DPM tidak akan bertanggungjawab dan tidak menjamin kualiti produk atau servis yang diperolehi dari pihak-pihak yang mengiklan disini, melalui info dan maklumat yang diperolehi anda hasil dari penggunaan dan pelayaran di DIREKTORI PENGAKAP MALAYSIA kami. Sila maklum yang sesetengah bidang kuasa mungkin tidak membenarkan pengecualian terhadap jaminan yang disifatkan, oleh itu, sesetengah pengecualian di atas, mungkin tidak melibatkan anda.

PEMBATASAN TANGGUNGJAWAB

Admin DPM dan/atau pihak lain yang terbabit dalam rekaan, penghasilan atau penyampaian DIREKTORI PENGAKAP MALAYSIA ini, tidak akan bertanggungjawab atas apa-apa kerosakan atau kerugian, secara langsung atau tidak langsung hasil daripada pelayaran, pengaksesan, penggunaan atau ketidakboleh gunaan DIREKTORI PENGAKAP MALAYSIA ini atau isi kandungannya, sama ada berasaskan atau berdasarkan jaminan, kontrak, undang-undang untuk kesalahan yang mana pihak yang terjejas boleh menuntut ganti rugi atau mana-mana teori undang-undang, dan sama ada Admin DPM telah dinasihatkan atau tidak, tentang kemungkinan berlakunya kerosakan atau kerugian tersebut. Sila maklum yang sesetengah bidang kuasa mungkin tidak membenarkan pengecualian atau menghadkan tanggungjawab terhadap akibat langsung atau sampingan kerosakan tersebut, oleh itu, sesetengah pengecualian di atas mungkin tidak melibatkan anda.

PAUTAN

Admin DPM tidak mengulas atau mengkaji semua laman web yang berpaut di DIREKTORI PENGAKAP MALAYSIA ini dan tidak akan bertanggungjawab untuk ketersediaan, isi kandungan atau ketepatan terhadap mana-mana halaman atau laman web tersebut. Pautan-pautan yang terdapat di sini tidak bererti ianya disokong atau dijamin oleh Admin DPM. Memasuki pautan tersebut ke halaman lain atau laman web lain adalah di atas risiko anda sendiri. Admin DPM tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kerugian atau kerosakan yang akan dialami anda atau pihak lain,yang berkait dengan halaman atau laman web pihak tersebut. Kami menasihatkan anda supaya membaca dahulu syarat dan peraturan halaman atau laman web tersebut, kerana mungkin syarat mereka tidak sama dengan syarat dan peraturan kami.

PENAMATAN

Anda bersetuju bahawa Admin DPM mungkin menamatkan penggunaan anda di DIREKTORI PENGAKAP MALAYSIA ini jika mendapati anda melanggar atau tidak mematuhi syarat dan peraturan yang terdapat di sini, atau mencabuli hakcipta DIREKTORI PENGAKAP MALAYSIA atau mana-mana pihak lain, atau untuk apa-apa sebab, dengan memaklumkan atau tidak memaklumkan anda. Admin DPM juga mungkin dan berhak mengubahsuai atau menamatkan DIREKTORI PENGAKAP MALAYSIA ini, sama ada memaklumkan atau tidak memaklumkannya kepada pengguna. Admin DPM tidak akan bertanggungjawab terhadap anda atau pihak lain hasil dari pengubahsuaian atau penamatan DIREKTORI PENGAKAP MALAYSIA ini.

Syarat dan peraturan di sini yang bertajuk 'Penggunaan Bahan dan Isi Kandungan di DIREKTORI PENGAKAP MALAYSIA ini', 'Sumbangan Anda', 'Penafian', 'Pembatasan Tanggungjawab', 'Syarat-syarat Umum', 'Ganti rugi', 'Tanda dagangan' dan 'Hak cipta' akan tetap kekal dengan persetujuan untuk menggunakan DIREKTORI PENGAKAP MALAYSIA ini.

SYARAT-SYARAT UMUM

Admin DPM mengawal dan menjaga DIREKTORI PENGAKAP MALAYSIA ini dari ibu pejabatnya di Malaysia, dan tidak mewakili atau menggambarkan yang isi kandungan di DIREKTORI PENGAKAP MALAYSIA ini adalah bersesuaian, boleh didapati atau sedia digunakan di tempat-tempat lain. Jika anda menggunakan DIREKTORI PENGAKAP MALAYSIA dari di tempat lain, penggunaan anda adalah di atas risiko sendiri dan bertanggungjawab mematuhi undang-undang tempatan, tetapi diingatkan bahawa akses ke isi kandungan kami mungkin salah di sisi undang-undang untuk pengguna-pengguna tertentu atau negara-negara tertentu. Jika mana-mana daripada syarat dan peraturan ini tidak dapat dikuatkuasakan, syarat dan peraturan tersebut akan dikuatkuasakan mengikut undang-undang yang sedia ada ke tahap semaksimum mungkin, dan syarat dan peraturan yang selebihnya akan berkuatkuasa sepenuhnya seperti biasa.

Jika anda mempunyai apa-apa tindakan terhadap DIREKTORI PENGAKAP MALAYSIA ini, ianya hendaklah dijalankan dalam tempoh setahun selepas tarikh tuntutan, jika tindakan diambil selepas tempoh tersebut, segala tuntutan dan tindakan adalah terbatal, dilarang dan tersekat. Semua syarat dan peraturan ini adalah tertakluk mengikut undang-undang negara Malaysia, dan tidak terkecuali walaupun ia bercanggah dengan peruntukan undang-undang lain. Apa-apa tindakan sah atau perbicaraan yang berkait dengan akses atau penggunaan anda di DIREKTORI PENGAKAP MALAYSIA ini atau isi kandungannya, akan berada di bawah kuasa mahkamah persekutuan di Malaysia, dan anda bersetuju bahawa ia adalah terletak ke atas bidang kuasa mahkamah tersebut.

GANTI RUGI

Anda bersetuju untuk mempertahankan dan membayar ganti rugi terhadap Admin DPM, ejen dan sekutunya, terhadap dan dari segala macam tuntutan, tindakan atau permintaan, termasuk tetapi tidak terhad kepada, bayaran guaman dan akaun, yang timbul atau berpunca daripada penggunaan DIREKTORI PENGAKAP MALAYSIA ini oleh anda atau jika anda melanggar syarat dan peraturan di sini. DIREKTORI PENGAKAP MALAYSIA akan memberikan notis kepada anda dengan segera terhadap apa-apa tuntutan, saman atau perbicaraan jika ianya melibatkan anda.

TANDA DAGANGAN

Segala tanda dagangan, logo dan yang bertanda ('tanda dagangan' terkumpul) yang terdapat di DIREKTORI PENGAKAP MALAYSIA ini adalah tanda dagangan berdaftar dan tidak berdaftar DIREKTORI PENGAKAP MALAYSIA , Admin DPM dan pihak yang berkaitan. Tiada apa yang terdapat di DIREKTORI PENGAKAP MALAYSIA ini boleh diertikan sebagai memberi kebenaran, sama ada disifatkan, estopel atau sebaliknya, apa-apa lesen atau kebenaran untuk menggunakan apa-apa tanda dagangan yang terdapat di DIREKTORI PENGAKAP MALAYSIA ini, sebelum mendapat kebenaran bertulis dari Admin DPM atau pihak lain yang memiliki atau berhak ke atas tanda dagangan tersebut. Penyalah gunaan anda terhadap tanda dagangan yang tedapat di DIREKTORI PENGAKAP MALAYSIA ini, atau apa-apa isi kandungan di DIREKTORI PENGAKAP MALAYSIA ini, kecuali yang dibenarkan, adalah dilarang sama sekali.

HAKCIPTA

Segala isi kandungan yang terdapat di DIREKTORI PENGAKAP MALAYSIA ini seperti teks, grafik, logo, butang seretan, imej, klip audio dan perisian, adalah harta milik Admin DPM atau pihak yang membekalkan bahan-bahan tersebut, dan ia dilindungi oleh undang-undang Malaysia dan undang-undang hak cipta antarabangsa. Kompilasi (iaitu pengumpulan, penyusunan, pemasangan dan himpunan) semua isi kandungan di DIREKTORI PENGAKAP MALAYSIA ini adalah harta dan hak cipta terpelihara Admin DPM dan ia dilindungi oleh undang-undang Malaysia dan undang-undang hak cipta antarabangsa. Penghasilan semula, pengubahsuaian, pengedaran, penyebaran, pemindahan, penerbitan semula, siaran atau pertunjukan, segala isi kandungan DIREKTORI PENGAKAP MALAYSIA ini, adalah dilarang sama sekali.

KATA LALUAN

Anda mungkin menerima kata laluan yang berkaitan, dengan penggunaan anda di DIREKTORI PENGAKAP MALAYSIA ini. Anda bertanggungjawab untuk menjaga kerahsiaan kata laluan dan akaun anda, dan bertanggungjawab sepenuhnya terhadap segala aktiviti yang berlaku di bawah penggunaan kata laluan dan akaun tersebut.

Segala isi kandungan di DIREKTORI PENGAKAP MALAYSIA ini adalah hakcipta Admin DPM. Segala gambar, ilustrasi, grafik, ayat, kata-kata dan lain-lain yang disiarkan disini adalah hakmilik Admin DPM, tidak kira sama ada ianya diakses secara terus atau menggunakan kata laluan. Tanpa sebarang kebenaran bertulis dari pemegang hakcipta, anda tidak dibenarkan menjual, meniru, membuat duplikasi, mengedar, mengubah, memanupulasi, menyiarkan apa-apa kandungan yang terdapat di DIREKTORI PENGAKAP MALAYSIA dan laman web yang bersangkut-paut dengannya, dalam apa jua cara dan bentuk, untuk apa jua tujuan.