CARI WEBLOG DALAM DIREKTORI PENGAKAP MALAYSIA

SEJARAH PENUBUHAN

Direktori Pengakap Malaysia ditubuhkan hasil dari gabungan idea 2 insan kerdil Pengakap Malaysia sebaik sahaja tamatnya JOTI 2008 yang telah berlangsung pasa 18-19 Oktober 2008 lalu. Menariknya, seorang berada di Semenanjung Malaysia dan seorang lagi berada nun jauh diseberang Laut China Selatan iaitu di Negeri Bawah Bayu. Hasil dari sessi 'ributan otak' tersebut, maka telah dikenalpasti keperluan direktori seumpanya serta rekaletak gabungan idea tersebut.

Masa berlalu begitu pantas tanpa disedari. Dalam pada itu, hampir terasa bahawa hasil gabungan dua idea itu bakal terendam dalam lipatan kenangan sahaja. Namun, terdetik rasa terkilan kerana tidak dapat menyumbang sesuatu untuk perkembangan Pengakap di Malaysia.

Dari itu, sesuatu perlu di buat dan mulai awal bulan Disember 2008, tugas tugas pencarian laman web yang terdapat di Malaysia diteruskan dengan lebih kerap. Setiap laman web perlu dibaca isi kandungan keseluruhannya agar dapat dikenal pasti intipati laman web tersebut dari segi peratusan isinya mengenai Pengakap. Sesungguhnya keseronokan dapat dirasai apabila berjaya menjumpai laman web - laman web yang begitu banyak sekali yang tidak kejumpaan sebelum ini. Malah, laman web - laman web ini begitu kaya dengan informasi informasi berguna untuk kegiatan berPengakap di Malaysia.

Setelah lebih dari 100 laman web ditemui, proses rekaletak laman web - laman web tersebut dimulakan. Pada permulaan, idea asal telah digunakan iaitu setiap laman web yang mewakili unit-unit dalam pengakap diletakkan di dalam satu halaman di bawah satu negeri. Sebagai contoh, untuk laman web Pengakap Negeri Selangor, susunan laman web itu akan mengikut susunan seperti berikut:

PPM Negeri
PPM Daerah
Unit Pengakap Kanak Kanak
Unit Pegakap Muda
Unit Pengakap Remaja
Unit Pengakap Kelana
Laman Individu

Setelah melalui 'sedikit kesulitan' menerusi proses ini, rekaletak baru perlu dicari agar dapat memudahkan urusan penyelenggaraan setiap laman web. Berbagai rekaletak telah dicuba dan akhirnya rekaletak sekarang ini telah dipilih. Pemilihan rekaletak ini adalah berkonsepkan "mudah dan ringkas".

Dari situ, satu 'jadual jangka masa' telah dibuat untuk memastikan pembinaan direktori ini berjalan lancar seperti yang tertera di bawah:

01/12/2008 - 23/12/2008 : Kemasukan data lebih 100 laman web serta proses kemaskini berjalan

24/12/2008 - 30/12/2008 : Pengguna menguji kelancaran/kemudahan yang disediakan

31/12/2008 : Kemaskini terakhir

01/01/2009 : Perasmian "Direktori Pengakap Malaysia"

Insyaallah, pada hari perasmian nanti, setiap laman web yang tertera di dalam Direktori Pengakap Malaysia ini akan menerima kunjungan hormat dari pihak DPM. Amatlah diharapkan agar laman web - laman web tersebut mempunyai halaman untuk pengunjung berbual ataupun setidaknya Buku Tamu agar komunikasi dua hala dapat dijalinkan.

Amatlah diharapkan agar seluruh Warga Pengakap Malaysia dapat menerima kehadiran direktori ini dan anggaplah ianya sebagai lambang persahabatan PENGAKAP MALAYSIA @ INTERNET!

Salam Hormat ...

~ Admin DPM ~
W(",)