CARI WEBLOG DALAM DIREKTORI PENGAKAP MALAYSIA

PENGUMUMAN

SELAMAT DATANG!!!

Selamat Datang diucapkan kepada semua pelayar laman weblog Direktori Pengakap Malaysia (DPM). Mulai 1 Februari 2011, anda akan mendapati DPM sudah bertukar wajah dari Versi 1.0 kepada Versi 2.0 sekarang. Bagaimana, apa pendapat anda dengan wajah baru ini?

Kami juga berterima kasih kepada anda yang selama ini telah menyokong DPM, baik dari sumbangan maklumat serta sokongan moral yang disalurkan menerusi halaman KAJI SELIDIK kami. Teruskan memberi pandangan anda demi kemajuan bersama Pengakap Malaysia.

PENTING!!!

DPM yang idea penubuhannya tercetus semasa JOTI 2008 dan telah dibina seawal bulan Disember 2008 serta memulakan operasinya pada 1 Januari 2009 ingin memaklumkan bahawa kami tiada mempunyai sebarang hubung-kait dengan sebuah laman web yang menggunakan URL yang seakan-akan sama seperti kami.

Ingin kami maklumkan bahawa pihak DPM tidak akan dan tidak pernah meminta sebarang bayaran untuk sebarang usaha yang dilakukan atas nama "Direktori Pengakap Malaysia".

Sebarang usaha yang pihak DPM lakukan adalah atas semangat ikhlas persaudaraan Pengakap yang ingin menjadikan DPM sebagai lambang persahabatan Pengakap Malaysia di Internet.

LAMBANG PERSAHABATAN PENGAKAP MALAYSIA @ INTERNET!!!

Seperti yang diwar-warkan sebelum ini, bersempena dengan JOTI 2009 (17-18 Oktober 2009) terimalah ... Lambang Persahabatan PENGAKAP MALAYSIA @ INTERNET ... logo "DIREKTORI PENGAKAP MALAYSIA"!

Kami berharap kepada anda yang menyokong DPM agar dapat meletakkan logo DPM ini di laman weblog anda. Juga jangan lupa untuk menjadi SAHABAT DPM @ FACEBOOK!
Segala sokongan anda selama ini dan akan datang kami dahului dengan ucapan TERIMA KASIH!